Ahad, 19 April 2015

Sejambak Bunga


   
     Sejambak bunga adalah sesuatu yang tidak asing lagi untuk menjadi hadiah yang istimewa daripada seorang insan kepada insan yang lain. Sejambak bunga boleh menjadi maksud kepada perkataan maaf dan lainnya. Sejambak bunga juga selalu diberi kepada seorang isteri daripada seorang suami, seorang ibu daripada seorang anak, seorang pendidik daripada seorang pelajar, seorang pelajar yang baru sahaja tamat pelajaran dan sebagainya.

    Bunga yang lazimnya menjadi jambangan itu seperti bunga ros daripada pelbagai warna. Bunga ros merah sangat menjadi pilihan kerana warnanya yang menyerlah dan romantic. Insan yang bergelar wanita atau perempuan sering menjadikan ros merah ini sebagai warna kegemaran. Kadang-kadang perempuan yang merajuk boleh diberikan sejambak bunga mawar merah ini sebagai tanda maaf.

Cukup sampai di sini  saja buat setakat ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan